Payung Emas

Payung Emas- Ain yang melalui zaman perkahwinan seperti yang diwasiatkan oleh kakak kembarnya Aisyah. Aisyah meminta Ain berkahwin dengan suaminya, Hidayat sebelum meninggal dunia.
Perkahwinan yang bahagia pada awalnya, mengundang peristiwa duka apabila Ain disahkan tidak boleh hamil akibat penyakit dihidapinya. Tekanan menghimpit Ain apabila Ibu mertuanya meminta Ain membenarkan Hidayat untuk berkahwin lagi.
Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.
Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?

Description+

Pelakon : Rosnah Johari, Remy Ishak, Farahdhiya, Hanez Abd Aziz
Penulis Skrip: Pakndak
Pengarah: Jamal Khan

Telemovie » Payung Emas