My Sweet Madu

My Sweet Madu – Sebuah kisah komedi perkahwinan Farel bersama isterinya Intan dan Bella. Isteriku Orang Gajiku sebuah kisah komedi perkahwinan Farel bersama isteri-isterinya. Dalam perkahwinan pertama, Farel dipaksa berkahwin dengan Intan oleh ibunya dengan alasan Intan baru kehilangan ibunya dan tinggal sebatang kara sedangkan pada masa yang sama Farel sudah pun mempunyai pilihan hatinya sendiri iaitu Bella. Sejak hari pertama menjadi isteri kepada Farel lagi Intan sudah dapat rasakan suaminya itu tidak sukakannya. Akan tetapi Intan tetap menanam azam untuk terus berusaha memikat hati suaminya itu dan mahu menjadi isteri yang baik. Genap dua minggu perkahwinan Farel bersama Intan, Bella ajak Farel berkahwin. Bella bersetuju untuk adakan perkahwinan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarganya. Bella juga mahu tinggal serumah dengan Intan walaupun pada awalnya Farel tidak bersetuju namun akhirnya Farel akur. Suatu hari tanpa disangka-sangka Mak Dian datang secara mengejut ke rumah Farel. Ketika itu Farel, Intan dan Bella berada di rumah. Kedatangan Mak Dian mula menghuru harakan keadaan. Tambahan bila Mak Dian memaklumkan dia akan tinggal di situ dalam seminggu dua. Mak Dian sedikit pelik bila melihat ada wanita lain (Bella) di dalam rumah itu dan dia mula rasakan ada sesuatu yang tak kena. Walaupun Farel memperkenalkan Bella sebagai orang gaji di dalam rumah itu, namun rasa sangsi dalam diri Mak Dian tetap ada. Akhirnya segalanya terbongkar, Farel mengaku yang dia telah memperisterikan Bella dan Intan yang membantu untuk menerangkan kepada Mak Dian. Farel sedar tentang kebaikkan Intan dan mula sayangkan kedua-dua isterinya.

Description+

Telemovie » My Sweet Madu