Split TV Series Episod 12

Split TV Series Episod 12 – Muaz makin menggila dan mahu membunuh Mikael. Hafez pula percaya hanya kematian Muaz yang boleh menjamin keselamatan Maryam. Muaz dan Hafez bertemu untuk tamatkan permusuhan mereka buat kali terakhir.

Description+

Split TV Series Episod 12 – Muaz makin menggila dan mahu membunuh Mikael. Hafez pula percaya hanya kematian Muaz yang boleh menjamin keselamatan Maryam. Muaz dan Hafez bertemu untuk tamatkan permusuhan mereka buat kali terakhir.

Sinopsis Penuh:

Kisah Maryam yang jatuh cinta dengan Mikael tanpa menyedari Mikael sebenarnya mempunyai personaliti berganda.

Maryam, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan. Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama.

Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam. Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!

Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa Miakael? Dan siapa pula Hafez? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula Adam? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

Barisan Pelakon : Shukri Yahya, Sara Ali, Juliana Evans, Fadzil Zahari, Shah Iskandar, Dato Rahim Razali, Elly Arifin, Carolina Binur, Fahmi Reza, Azhar Amir, Nisa Rissa, Liza Rafar

Penulis Novel : Nurul Ain Syuhada

Pengarah : Jamal Khanr

Split TV Series » Split TV Series Episod 12