Pujaan Hati Kanda Episod 20

Pujaan Hati Kanda Episod 20 – Sikap Fatimah seolah-olah Puan Besar dalam rumah itu membuatkan Tiara makin sakit hati. Fatimah tidak membenarkan Tiara menyentuh Iqy. Malah, dia cuba menguasai Iqy dan Danny hingga mengenepikan haknya sebagai isteri Danny yang sah. Keadaan ini membuatkan Tiara hilang sabar dan terpinggir dalam rumah sendiri.

Description+

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Barisan Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

Penulis Skrip : Intan Zarina

Pengarah : Eoon Shuhaini

Pujaan Hati Kanda » Episod 20

Saksikan kesemua episod Drama Pujaan Hati Kanda dari episod 1 hingga akhir di Pujaan Hati Kanda Please share.