Pujaan Hati Kanda Episod 17

Pujaan Hati Kanda Episod 17 – Kemunculan datuk, nenek dan Nadine dalam kondo Danny amat mengejutkan. Danny diserang bertubi-tubi mengenai perkahwinan rahsianya itu. Nenek bertegas bahawa majlis pernikahan Danny dengan Nadine tetap diteruskan. Danny harus akur jika tidak mahu hidup susah. Hati Tiara terhiris mendengarnya.

Description+

Mengisahkan Danny, seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.

Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqi sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqi dan benarkah Rizqi anak kandungnya. Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara, pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya. Berjayakah Danny menjejaki siapa ibu bapa kandung Rizqi?

Barisan Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand, Syazwan Zulkifly, Elisya Sandha, Mustaqim Bahadon, Ayden Mikael, Aida Khalida, Azar Azmi, Aidil Aziz, Omar Abdullah, Dian P Ramlee, Catriona Ross, Rashdan Baba, Reen Rahim, Taufiq Hanafi, Qazem Nor

Penulis Skrip : Intan Zarina

Pengarah : Eoon Shuhaini

Pujaan Hati Kanda » Episod 17

Saksikan kesemua episod Drama Pujaan Hati Kanda dari episod 1 hingga akhir di Pujaan Hati Kanda Please share.