Petua Nenek Episod 5

Petua Nenek Episod 5 – Qaseh Arina tidak kenal siapa ibu bapanya. Dia dibesarkan oleh neneknya, Nek Embun. Di kampung sebagai bidan dan terkenal dengan pelbagai petua. Qaseh memberitahu Nek Embun bahawa dia ingin kahwin muda seperti Nek Embun. Qaseh menulis setiap petua Nek Embun di dalam sebuah buku dan membawanya di universiti di Kuala Lumpur. Qaseh berkawan dengan Nash, seorang yang tidak percaya akan petua orang tua. Pelbagai aksi mencuit hati yang dilakukan oleh Qaseh dengan petua-petua Nek Embun. Suatu hari, Qaseh didatangi ibu kandungnya, Afifah. Afifah menceritakan tentang ayah Qaseh yang meninggal semasa Qaseh masih didalam kandungan dan menyerahkannya kepada Nek Embun kerana dia telah jatuh cinta dengan pelajar negro. Namun, Nek Embun melarang mereka berkahwin kerana tidak mahu keturunannya berkulit gelap dan kerana dia tiada petua untuk mencerahkan kulit yang gelap.

Description+

Barisan Pelakon : Adibah Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Zaidi Omar, Nafiez Zaidi, Julia Farhana Marin, Annie Ariffin, Keena Mentor

Penulis Skrip : Azlina Din & Azni Ishak

Pengarah : Along Kamaludin

Petua Nenek » Episod 5