Jika Masih Ada Rindu Episod 11

Jika Masih Ada Rindu Episod 11 – Wahida dan ibunya terkejut dengan kedatangan Johan ke rumah ibu Wahida. Wahida menceritakan pada ibunya yang dia sekarang bekerja di Syarikat yang sama dengan Johan. Ibu Wahida malu untuk bertemu dengan Johan setelah apa yang dilakukan oleh Wahida pada Johan dan keluarga Johan. Johan minta ibu Wahida lupakan segala yang telah terjadi kerana dia telah maafkan Wahida. Johan bawa Wahida dan Qistina berjalan-jalan di sekitar kampong dan sekolah lama mereka. Mereka ketawa mengingatkan kenangan sewaktu mereka remaja dahulu. Wahida beritahu yang dia tak pernah lupakan kenangan mereka bersama dahulu membuatkan Johan berfikir adakah Wahida masih menyintainya. Ibu Wahida berharap agar Wahida berbaik semula dengan Johan. Apatah lagi Johan pandai mengambil hati Qistina. Wahida minta ibunya doakan dirinya agar bahagia dan diberi petunjuk untuk meneruskan kehidupannya. Wahida tidak mahu bergantung pada mana-mana lelaki lagi kerana tidak mahu tersalah langkah seperti dahulu

Description+

Barisan Pelakon :Kamal Adli, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud, Ellyas Abdullah, Zarynn Min, Ezzaty Abdullah, Meor Mohd, Syafnida Shuhaimi, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Aznah Hamid, Jasmine Ashraff

Penulis Skrip : Shida Zali

Pengarah : Feroz Kader

Jika Masih Ada Rindu » Episod 11